ramai orang berasa hairan dengan status saya di 'facebook' seperti yang di atas.ada juga yang perli dan menyindir secara halus.saya tidak kisah.sebab orang lain tidak rasa apa yang saya rasa.dulu saya mungkin pernah alpa.dengan indahnya alam bercinta.tetapi daripada apa yang saya dengar, daripada apa yang saya baca dan perhatikan, bercinta itu indah.jika kita masih berpegang teguh dengan apa yang dibataskan oleh agama.dan lebih indah jika percintaan itu wujud selepas diijabkabulkan.saya tahu dengan saya berkata-kata seperti ini, mungkin akan ada orang yang beranggapan saya kolot.saya bercakap atas pengalaman saya yang lalu.saya sebenarnya tidak pasti bila Tuhan tarik perasaan saya pada seseorang.puas saya berfikir dan puas saya cuba untuk mewujudkan balik perasaan itu, namun saya gagal.saya cuma redha andai ini semua takdir ALLAH.kerana saya tahu ALLAH mempunyai perancangan yang lebih baik.saya tahu saya bukanlah orang yang baik untuk bercakap sebegini.tapi saya dapat merasakan ALLAH sedang memberi sesuatu kepada saya.wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment